Muslim Ingenieurs Development Association

tentang kami

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN JURUTERA MUSLIM MALAYSIA
(MUSLIM INGENIEURS DEVELOPMENT ASSOCIATION) (MINDA)

MATLAMAT MINDA

  1. Menjaga kebajikan dan mengeratkan perpaduan di kalangan ahli
  2. Mengumpulkan semua jurutera muslim di malaysia ke dalam satu persatuan untuk pembangunan jati diri dan kerjaya profesion sebagai seorang jurutera
  3. Menjadi pemudah cara untuk melaksanakan serta membantu masyarakat dalam perkara yang berkaitan dengan kejuruteraan, khidmat masyarakat serta pendidikan
  4. Bekerjasama dengan badan kerajaan dan pihak swasta dalam menyampaikan informasi dan perkara yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan di Malaysia
  5. Menawarkan penyelesaian teknikal dan khidmat berkaitan isu-isu kejuruteraan kepada masyarakat di Malaysia
  6. Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan

carta organisasi

MAJLIS TERTINGGI DAN AJK UNIT-UNIT MINDA

PEMANTAU ZON (MT) & KETUA CAWANGAN NEGERI-NEGERI

Strategi kami

MEMPELBAGAIKAN PROGRAM KEJURUTERAAN DAN KOMPETENSI

  • Perbanyakkan kursus-kursus kompetensi dan program ke IPTA/IPTS untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa
  • Menganjurkan seminar atau kursus berkaitan dengan bidang Kejuruteraan sebagai usaha untuk menambah pengetahuan berkaitan ilmu atau teknologi baru
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai Agensi Kerajaan / Swasta/  NGO/ pelbagai pihak bagi tujuan pembangunan berterusan dan program kerjasama. 
  • Mendapatkan pengiktirafan badan-badan perofessional contoh MBOT, CIDB, Suruhanjaya Tenaga, SIRIM, JKPP dan lain2 untuk kompetensi ahli

MENYEDIAKAN SOLUSI TEKNIKAL DAN PLATFORM SUARAKAN ISU JURUTERA

  • Menerbitkan rencana kejuruteraan untuk disebarluas kepada umum melalui kerjasama media bercetak atau menyuarakan pandangan melalui siaran televisyen atau radio
  • Menjalankan kerjasama Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam kalangan ahli
  • Membina kerjasama yang kukuh dengan badan atau Institusi Jurutera bagi membawa suara ahli MINDA dalam isu Kerjaya dalam Bidang Kejuruteraan
  • Lawatan dan kunjung hormat dengan kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat untuk membincangkan atau menyuarakan pandangan berkaitan isu semasa 

PELAKSANAAN SISTEM COACHING DAN MENTORING SESAMA AHLI PELBAGAI BIDANG DAN KEPAKARAN

  • Mengemaskini pangkalan data keahlian berdasarkan bidang kerjaya dan kepakaran ahli
  • Mengenalpasti ahli yang bersedia untuk menjadi mentor kepada sistem bimbingan khusus kepada ahli mengikut bidang kerjaya
  • Menyediakan platform bimbingan kepada bukan ahli untuk Road to Ir, Road to Ts, Road to Tc. melalui telegram MINDA 
  • Memperbanyakkan sesi perkongsian atau sesi lawatan bersama ahli MINDA yang berpengalaman dari pelbagai latar belakang industri

MEMPERLUASKAN PROMOSI DAN KELOMPOK SASAR

  • Menjadikan mana-mana sekolah atau pusat pengajian teknikal  yang mempunyai matapelajaran yang menjurus ke arah kejuruteraan, teknologi kejuruteraan dan teknologi sebagai sekolah/ institusi angkat
  • Mempromosi dan memperkenal MINDA secara aktif melalui laman sesawang / media sosial
  • Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh MINDA kepada umum (cadangan dibukakan website MINDA) 
  • Mewujudkan trademark MINDA melalui cenderahati,  keychain, baju t-shirt atau lain-lain kepada ahli dan bukan ahli 

MEMPERGIATKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN KESUKARELAWAN SERTA CAPAIAN DAKWAH

  • Merancang dan melaksanakan program-program kemasyarakatan, kesukarelawan dan bantuan kemanusiaan dengan penglibatan ahli MINDA 
  • Merancang program berbentuk kebajikan dan mengumpul dana seperti pungutan derma, tabung khas atau lawatan ke rumah ahli MINDA yang ditimpa kemalangan atau bencana
  • Mewujudkan tabung imbuhan pendidikan bagi ahli yang menyambung pengajina atau tabung imbuhan pendidikan kepada anak-anak ahli bagi pencapaian cemerlang akademik
  • Meneruskan skim kebajikan ahli melalui caruman takaful bagi membantu waris ahli akibat kematian dan membantu ahli yang mengalami musibah (kecacatan)

MENGENALPASTI SUMBER DAN PELUANG YANG ADA MELALUI PERUNTUKAN DAN INSENTIF KERAJAAN

Menghantar ahli yang berkelayakan  dan berkeinginan ke program atau kurusus yang ditawarkan pihak kerajaan/agensi mewakili NGO

Mengenalpasti jenis bantuan daripada mana-mana agensi untuk membantu kebajikan ahli MINDA yang terkesan untuk membuat permohonan

Mengenalpasti sumber-sumber sedia ada yang berpotensi untuk menjana dan membantu kewangan ahli yang terjejas dan ingin menambahkan pendapatan

Membantu menawarkan peluang pekerjaan kepada ahli MINDA yang terjejas dengan keadaan ekonomi dan situasi semasa.